Jerman Kuartermaster Jeneral

Didalam Tentera Darat Imperial Jerman, jawatan Quartiermeister (kuartermaster) adalah seorang pegawai tanpa tauliah yang bertanggungjawab ke atas bekalan, manakala Generalquartiermeister tidak berurusan dengan pembekalan, tetapi dengan arahan operasi. Beliau merupakan pegawai paling kanan dibawah Ketua Staf.[1]

Sebagai contoh, semasa Perang Dunia I Erich Ludendorff merupakan Generalquartiermeister kepada Tentera Darat Kedua Jerman pada Ogos 1914. Dengan pengetahuan luasnya terhadap rancangan serangan keatas Liege, beliau dihantar untuk menyelia serangan tersebut dan mengambil alih pemerintahan sendiri apabila panglima briged terbunuh.

Lebih terkenal lagi, apabila Paul von Hindenburg dilantik sebagai Ketua Turus Am Besar di Oberste Heeresleitung (OHL atau "Markas Tertinggi Tentera Darat") pada Ogos 1916, Ludendorff, yang menjadi Ketua Stafnya di Barisan Timur, turut mengikuti beliau. Ludendorff enggan dikenali sebagai "Ketua Turus Am Kedua" dan sebaliknya memilih gelaran Kuartermaster Jeneral Pertama - pada peranan ini beliau mengarah operasi ketumbukan-ketumbukan tentera Jerman dan mempunyai kuasa keatas politik dan industri Jerman.